Semasa kita gembira,ingatlah bahawa orang lain juga bahagia

0 comments

Diri ini selalu perasan bahawa kita sendiri shj yg sedang bergembira.termakan dgn peribahasa yg mengatakan ketika kita sedang gembira,org lain bersedih.sedangkan org lain jauh lebih gembira tanpa kita di dlm hidupnya. Kadangkala terasa seperti ditipu oleh fikiran sendiri. Seorg manusia berkata bahawa menghubungi org lain melalui sms atau panggilan telefon itu sebagai mengacau? Mungkin kehidupan ini penuh dengan kejutan. Benar terkjut dengan jenyataan tersebut.

Bukan kah mengekalkan persahabatan itu sunnah.jika xdpt bercakap secara live bolehlah dialihkab ke medium lain asal hubungan silaturrahim itu berkekalan.

Ingin menjadikan blog ini sebagai diari peribadi.cukuplah fikiran ini di terjah dgn soalan2 kehidupan yg memeningkan dan mengacau jiwa. Hanya doa dan harapan kupanjatkan pd yg Punya Ketenangan agar dikurniakan sedikit drpd selruh ketenangan milikNya.

Mata ini mungkin berair dan basah tatkala menaip. Tetapi hati ini masih keras dan tegar. Berilh pertolongan Ya Rabb.

Repulsive

0 comments

Masih teringat kata2 ex-lecturer, Mrs Long (bukan nama sebenar) di IPTA dulu, "...u can either be very attractive or very REPULSIVE.." yang ditujukan khas utk aku.At that time aku xrasa ape2 sbb xberape nak paham..tapi bila teringat sekarang, rasa membara.panas.bengang.meluap2.

Repulsive..kalau la aku tau maksudnya pada waktu kejadian, aku akan spontannya bangun n tinggalkan kelas dia.Bagi aku,maksudnya kat ayat tu adalah "aku ni menjengkelkan..". Tapi aku tiba2 rasa bersemangat setelah mengetahui maksud sebenar ayat dia.

Semangat!3X..buat tangan macam Tunku Abdul Rahman kali pertama laung merdeka. semangat yang datang dari penghinaan. aku harap aku takkan ikut jejak langkah dia. aku telah memilih untuk berprofesion seperti dia,tapi akan dipastikan tidak sedikit pun sama method yang digunakan dalam mendidik anak2 bangsa.

aku keliru kenapa IPTA yang membangunkan Bumiputera kena ambil lecturer sebegitu. 'English proficiency'nya tidak menepati spesifikasi pelajar yang baru berusia 18tahun,baru tamat sek menengah di Malaysia! terus menerus mengajar tanpa bertanya adakah pelajar benar2 paham? adakah pelajar2 mahu bertanya soalan? aku memang takde respon pada masa tu sebab tak kesah, tak ambil tahu. yang penting, markah takat2 lulus.

Mrs Long membunuh minat kami terhadap subjek Anatomi n Fisiologi. padahal subjek fisiologi adalah antara subjek yang aku minati sekarang. terima kasih kepada lecturer di USM yang membuatkan subjek fisiologi menjadi sangat menarik tertarik. lecturer seperti mereka lah yang akan aku contohi.

seorang lagi lecturer pathologi di UiTM, Prof Majid (bukan nama sebenar) yang menjadikan aku ingat struktur GI hingga kini n selamanya. siap dengan gaya lenggok2 badan agar pelajar ingat. walaupun lebih banyak bercerita pasal 'kayak n bot layar dengan sultan selangor', tapi Prof Majid sentiasa pastikan kami faham dan INGAT fakta yang di ajar.

berdoa agar dikurniakan kekuatan mental untuk berpindah ke alam baru. Amin.

Al-Quran Dalam Hati Seorang Jururawat

0 comments

Saya di pesan bahawa saya cukup 5 perkara, sebelum 5 perkara :

  1. hidup, belum mati
  2. saya sihat, tidak sakit
  3. mempunyai banyak masa kerana dah habis belajar dan belum di panggil berkhidmat
  4. muda lagi, baru 25
  5. kaya, tak lah sangat, tapi cukup keperluan seharian dan InsyaAllah sehingga ke anak cucu pun masih boleh bertahan.
Tersentak jiwa yang kosong.

"Tiada hasad kecuali pada dua perkara: Orang yang Allah berikan kepadanya al-Qur'an maka dia membacanya siang dan malam. Dan orang yang Allah berikan kepadanya harta maka ia menafkahkannya siang dan malam." (Hadith riwayat Bukhari dan Muslim).

Kita masih lagi di alam belum bekerja, jadi eloklah kita mendengki pada perkara yang pertama sahaja, kerana seseorang berpesan, "takkan kita nak infakkan harta mak kita, ye tak?". Ye tak ye jugak...

Kita sebagai seorang anak, seorang rakyat yang bertanggungjawab dan bakal seorang penyumbang kepada peningkatan rakyat Malaysia, macam mana agaknya nak baca al-Quran siang dan malam? tanpa henti? Buatlah jadual yang sesuai untuk diri kita. Kalau free waktu pagi, dari jam 6 hingga 7 pagi, bacalah setakat yang mampu. Sebab pukul 7 nak ke tepian gelanggang, jogging pulak..

Sebuah potongan dari Hadith Rasulullah saw. Ada seorang sahabat datang berjumpa Nabi saw, beliau masih muda dan enthusiastic dalam membaca al-Quran, sehingga beliau berkata boleh mengkhatam 30 juzuk al-Quran dalam 1 hari. Nabi saw membalas, seminimum mengkhatam al-Quran dalam 3 hari. Paling idealnya 1 juzuk 1 hari. Boleh ke?

Bekerja nanti, pasti ada masa terluang especially shift malam di kala tiada kes emergency la ye. Biasakan membawa poket al-Quran atau mini al-Quran (lebih baik dengan terjemahan). Pasti poket kita penuh dengan pen, syringe, needle, stopper, cotton, report yang baru ambil tadi dll. Tidak salah untuk tumpang letak di kaunter atau di pantry. Kalau KJ atau sister marah, susunlah bagi nampak cantik. Jika KJ atau sister seorang Muslim, jangan lupa offer dia baca sekali ye.

Kerja sebagai jururawat atau apa sahaja sekalipun pasti berdepan dengan tekanan. Di saat jiwa kacau, daripada mengutuk patient or doctor, lebih senang baca al-Quran, hayati maksudnya.

"Bacalah al-Qur'an kerana Allah s.w.t tidak mengazabkan hati
yang menyimpan
al-Qur'an. Dan sesungguhnya al-Qur'an ini adalah jemputan Allah. Siapa yang mendatanginya maka ia akan merasa keamanan. Dan sesiapa yang cinta akan al-Qur'an maka bergembiralah." (Hadith riwayat Ad-Darimy)

InsyaAllah setiap Rabu akan dikongsikan ilmu yang lain pula. Wassalam.

Titik perubahan

0 comments

Selamat sejahtera

Assalamualaikum

Tepat jam 5.30 pm henfon berbunyi, panggilan dari makcik. Sambil menggesa mak bersiap dengan segera, angkat fon, borak2 dan berjanji akan sampai di sana secepat mungkin. Alhamdulillah sampai dalam 15 minit kemudian, makcik dihantar balik ke rumah di Sikamat.

Titik perubahannya pada diri ini: bermula episod usrah (pada saya program pembaikan diri) sebagai manusia baru yang masih kosong jiwanya. Makcik, seorang doktor, bakal membimbing jiwa ini menjadi lebih masyuk..