Repulsive


Masih teringat kata2 ex-lecturer, Mrs Long (bukan nama sebenar) di IPTA dulu, "...u can either be very attractive or very REPULSIVE.." yang ditujukan khas utk aku.At that time aku xrasa ape2 sbb xberape nak paham..tapi bila teringat sekarang, rasa membara.panas.bengang.meluap2.

Repulsive..kalau la aku tau maksudnya pada waktu kejadian, aku akan spontannya bangun n tinggalkan kelas dia.Bagi aku,maksudnya kat ayat tu adalah "aku ni menjengkelkan..". Tapi aku tiba2 rasa bersemangat setelah mengetahui maksud sebenar ayat dia.

Semangat!3X..buat tangan macam Tunku Abdul Rahman kali pertama laung merdeka. semangat yang datang dari penghinaan. aku harap aku takkan ikut jejak langkah dia. aku telah memilih untuk berprofesion seperti dia,tapi akan dipastikan tidak sedikit pun sama method yang digunakan dalam mendidik anak2 bangsa.

aku keliru kenapa IPTA yang membangunkan Bumiputera kena ambil lecturer sebegitu. 'English proficiency'nya tidak menepati spesifikasi pelajar yang baru berusia 18tahun,baru tamat sek menengah di Malaysia! terus menerus mengajar tanpa bertanya adakah pelajar benar2 paham? adakah pelajar2 mahu bertanya soalan? aku memang takde respon pada masa tu sebab tak kesah, tak ambil tahu. yang penting, markah takat2 lulus.

Mrs Long membunuh minat kami terhadap subjek Anatomi n Fisiologi. padahal subjek fisiologi adalah antara subjek yang aku minati sekarang. terima kasih kepada lecturer di USM yang membuatkan subjek fisiologi menjadi sangat menarik tertarik. lecturer seperti mereka lah yang akan aku contohi.

seorang lagi lecturer pathologi di UiTM, Prof Majid (bukan nama sebenar) yang menjadikan aku ingat struktur GI hingga kini n selamanya. siap dengan gaya lenggok2 badan agar pelajar ingat. walaupun lebih banyak bercerita pasal 'kayak n bot layar dengan sultan selangor', tapi Prof Majid sentiasa pastikan kami faham dan INGAT fakta yang di ajar.

berdoa agar dikurniakan kekuatan mental untuk berpindah ke alam baru. Amin.

0 comments: