Al-Quran Dalam Hati Seorang Jururawat


Saya di pesan bahawa saya cukup 5 perkara, sebelum 5 perkara :

  1. hidup, belum mati
  2. saya sihat, tidak sakit
  3. mempunyai banyak masa kerana dah habis belajar dan belum di panggil berkhidmat
  4. muda lagi, baru 25
  5. kaya, tak lah sangat, tapi cukup keperluan seharian dan InsyaAllah sehingga ke anak cucu pun masih boleh bertahan.
Tersentak jiwa yang kosong.

"Tiada hasad kecuali pada dua perkara: Orang yang Allah berikan kepadanya al-Qur'an maka dia membacanya siang dan malam. Dan orang yang Allah berikan kepadanya harta maka ia menafkahkannya siang dan malam." (Hadith riwayat Bukhari dan Muslim).

Kita masih lagi di alam belum bekerja, jadi eloklah kita mendengki pada perkara yang pertama sahaja, kerana seseorang berpesan, "takkan kita nak infakkan harta mak kita, ye tak?". Ye tak ye jugak...

Kita sebagai seorang anak, seorang rakyat yang bertanggungjawab dan bakal seorang penyumbang kepada peningkatan rakyat Malaysia, macam mana agaknya nak baca al-Quran siang dan malam? tanpa henti? Buatlah jadual yang sesuai untuk diri kita. Kalau free waktu pagi, dari jam 6 hingga 7 pagi, bacalah setakat yang mampu. Sebab pukul 7 nak ke tepian gelanggang, jogging pulak..

Sebuah potongan dari Hadith Rasulullah saw. Ada seorang sahabat datang berjumpa Nabi saw, beliau masih muda dan enthusiastic dalam membaca al-Quran, sehingga beliau berkata boleh mengkhatam 30 juzuk al-Quran dalam 1 hari. Nabi saw membalas, seminimum mengkhatam al-Quran dalam 3 hari. Paling idealnya 1 juzuk 1 hari. Boleh ke?

Bekerja nanti, pasti ada masa terluang especially shift malam di kala tiada kes emergency la ye. Biasakan membawa poket al-Quran atau mini al-Quran (lebih baik dengan terjemahan). Pasti poket kita penuh dengan pen, syringe, needle, stopper, cotton, report yang baru ambil tadi dll. Tidak salah untuk tumpang letak di kaunter atau di pantry. Kalau KJ atau sister marah, susunlah bagi nampak cantik. Jika KJ atau sister seorang Muslim, jangan lupa offer dia baca sekali ye.

Kerja sebagai jururawat atau apa sahaja sekalipun pasti berdepan dengan tekanan. Di saat jiwa kacau, daripada mengutuk patient or doctor, lebih senang baca al-Quran, hayati maksudnya.

"Bacalah al-Qur'an kerana Allah s.w.t tidak mengazabkan hati
yang menyimpan
al-Qur'an. Dan sesungguhnya al-Qur'an ini adalah jemputan Allah. Siapa yang mendatanginya maka ia akan merasa keamanan. Dan sesiapa yang cinta akan al-Qur'an maka bergembiralah." (Hadith riwayat Ad-Darimy)

InsyaAllah setiap Rabu akan dikongsikan ilmu yang lain pula. Wassalam.

0 comments: