In love in a sinful love

0 comments

Serasa masalah yang ku hadapi bukanlah cinta terlarang. Tetapi cuma perasaan hasad yang membuak di atas kebahagiaan orang lain. Siapalah aku untuk mencongak apa yang bakal berlaku. Jodohku juga tidak pasti apa masih ada atau sudah terlepas. Ingin menangis rasa hati tetapi tiada guna. Hanya Allah yang mampu membahagaiakan. Bukan manusia. Hatta bukan juga ibu dan bapa. Buat apa berharap pada yang lemah sedangkan kita boleh bergantung pada yang Maha Kuat. Ya Allah tolong beriku kekuatan untuk melalui hidup yang kosong. Beri aku erti hidup dan kepercayaan yang tidak berbelah bahagi kepadaMu ya Allah. Aku tidak mahu terpaksa melalui hidup dunia yang sedih dan ditambahkan akhirat yang menyedihkan jua ya Allah. Bimbing daku. Jangan biarkan daku membuat perhitungan sensiri walau sekali. Hanya cuma aku mengikut nafsu maka aku selalu membuat salah perhitungan. Aku mampu menumpahkan sebakul air mata jika melayan hatiku yang galau dan duka ini..aku memilih untuk tidak!